CARIAN BLOG

Thursday, May 28, 2009

akhirnya...

20,21,25,26...exam ku....

stress gak la..

tapi ri ni tamat semuanya...

ari ni 27 hb mei 2009, aku berangkat pulang

konvoi ke KL, Perak n Kedah...

aku, pisang, echa, n pak muk...

rumate aku n rahmat lik KL...

tapi lps rehat2 kat hentian titiwangsa,..

T jek M aku dijahatkan kereta wira...

hancur bahagian depan..

hu3..

mungkin petanda persaraan dr arena pemotoran..

Final UEFA Champion League




Red Devil lost 2-0

JUST 3 CUP

!! MENGECEWAKAN !!





Friday, May 15, 2009

16 Mei !!!



16 Mei ialah Hari Guru !!




Wednesday, May 13, 2009

hAri BerDaRaH aKu !!

13 mEI !!!

Bukannya peristiwa berdarah yg perkauman 2 TAPI ...

Inilah hari di mana aku dilahirkan di dunia ini...
dilahirkan di seberang laut membuatkan aku sukar untuk menyanyikan lagu Negaraku..
he3..

Tapi aku dibesarkan di Malaysia sejak berumur setahun...
ok la 2...
kira Malaysian la 2...

aku dulu putih gila tapi sebab kenakalan yg melampau aku dicemburui oleh matahari..hahahaha
so, for me, HEPI BEZDAY !!!
thankz 4 kawan2 yg wish n blanja makan..he3

Monday, May 11, 2009

Ibuku Tersayang

Ibu

Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasainya
Ketika aku :
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan tiada had

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia yang kerdil

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Sunday, May 10, 2009

Wanita Teragung dalam Hidupku


Hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan HARI IBU @ MOTHERS' DAY . Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kisalah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas ianya pasti menggembirakan ibu anda.

Tetapi, ingatlah menghormati ibu kita adalah untuk setiap saat bersamanya bukannya setakat sehari ini ja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
Selama 9 bulan dalam perut Ibu dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita., maka layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

Friday, May 08, 2009

nafas lega..

kemarin, aku dapat juga siapkan motot TZM aku 2..
hu3..dah brapa lama aku tangguh..tapi dok pikiq sbb nak balik ja...
so, pantai bukit kluang la jadi mangsa kelajuan..hahahha
tapi bila la agaknya aku dapat rasa superbike yer..hu4

tap skang ni aku bersyukur la ada motot nie, peneman setia diriku..


TZM 150 ...vrooooooooooooooooooooooooooooommmmmmmmmmm..vroooommmmmmmmm

FINAL Champion League..






27 May 2009 !!
FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE

Manchester United VS Barcelona F.C